Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : ada seseorang atau sesuatu utk membantu menjalankan sesuatu tugas dsb: Teknik pembelajaran ~ multimedia sangat berkesan di kalangan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbantukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem

Kembali ke atas