PERISAI KANADA | Perisai Kanada ialah kawasan besar dan berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi. Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan dan Wilayah Barat Laut. | UMUM | |
POLLOCK | Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu di Lautan Atlantik Utara . Pollock membesar sehingga antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang. Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan, bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai rahang bawah yang memanjang keluar. | UMUM | |
BURUNG BATUAN | Burung batuan ialah nama dua spesies burung Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan di utara Brazil. | UMUM | |
PLEKOPTERA | Plekoptera ialah serangga yang bertelur di dalam air. Anak plekoptera tinggal di anak sungai atau di sepanjang kolam cetek yang berbatu. | UMUM | |
KELPA | Kelpa ialah mana-mana jenis rumpai laut yang besar berwarna perang yang tumbuh di dalam air atau di atas pantai berbatu. Kelpa terdapat di perairan sejuk di seluruh dunia. Ia tidak tumbuh di perairan tropika. | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
KUIL ABU SIMBEL | Kuil Abu Simbel merupakan dua kuil Mesir purba yang dibina dengan menebuk lereng gunung berbatu di pinggir Sungai Nil, selatan Mesir. | UMUM | |
KNOT | Knot ialah nama dua spesies burung randuk di Hemisfera Utara. Burung ini membiak di tempat kering dan berbatu di seluruh tundra Artik. Pada musim panas muka dan bahagian bawah burung berwarna merah bata, tetapi pada musim sejuk, bahagian bawahnya berwarna putih. | UMUM | |
MEERKAT | Meerkat ialah haiwan kecil pengorek lubang di Afrika. Ia tinggal dari barat daya Angola hingga ke Afrika Selatan. Meerkat, yang juga dikenali sebagai suricate, terdapat di desa terbuka, kering, yang tanahnya keras dan berbatu. | UMUM | |