Sungai São Francisco terletak di timur Brazil. Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur laut, kemudian ke timur lalu membentuk sempadan antara negara Bahia dengan Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199 kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco yang mengalir dari gunung-ganang di Minas Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram, kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar, sepanjang 1400 kilometer daripada laluan tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan arus sungai ini menjadi deras. |