Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.lo/] | بربيلوق

Definisi : berkelok, berganti hala: Basir melambatkan skuternya dan ~ ke pekarangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.lo/] | بربيلوق

Definisi : bertukar atau berganti arah; berputar ke kiri atau ke kanan dr arah yg mula-mula: Apabila sampai di simpang empat, ia pun ~ ke kiri menuju ke rumah adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelok

Peribahasa

Bagai kucing main daun.

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI SÃO FRANCISCO

Sungai São Francisco terletak di timur Brazil.

Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San

Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di

negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur

laut, kemudian ke timur lalu membentuk

sempadan antara negara Bahia dengan

Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke

tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199

kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco

yang mengalir dari gunung-ganang di Minas

Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram,

kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar,

sepanjang 1400 kilometer daripada laluan

tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer

dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan

arus sungai ini menjadi deras.

UMUM 
SANTA FE TRAIL

Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial

yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam

era prakereta api. Jalan ini bermula di

Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe,

New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan

pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan

terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron,

Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang

menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort

(berhampiran La Junta, Colorado), kemudian

berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting

Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu

lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron

Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering.

Pengembara mengangkut barangan mereka

menggunakan kuda dan kemudian menggunakan

wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821.

UMUM 

Kembali ke atas