NEVELSON, LOUISE | Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan perasaan senyap dan keunggulan. | UMUM | |
PUFFBALL | Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah berbentuk bola yang mengandungi spora di dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya belum bertukar warna, atau menjadi bersabut. Apabila puffball matang, bahagian dalamnya menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna kekuningan atau keunguan atau hijau. | UMUM | |
ROTIFER | Rotifer ialah haiwan banyak yang halus yang hidup dalam air. Rotifer yang terbesar kira-kira satu milimeter panjangnya. Rotifer mempunyai badan berbentuk silinder atau vas. Kebanyakan spesies hidup di tasik, sungai atau anak sungai. Tetapi sesetengahnya hidup di laut. | UMUM | |
SIPUT KON | Siput kon ialah satu daripada beberapa siput laut, yang dinamakan demikian kerana cangkerangnya berbentuk kon. Cangkerang banyak spesiesnya mempunyai tanda-tanda yang cantik. Kebanyakan spesies hidup di kawasan Indo-Pasifik dan di perairan di luar pantai utara Australia. | UMUM | |
TIMUN | Timun atau mentimun ialah sayur kebun biasa yang berasal dari selatan Asia, tetapi ditanam sebagai tumbuhan tahunan di banyak bahagian di dunia. Timun mempunyai batang menjalar yang berbulu yang mempunyai banyak sulur paut. Daunnya yang berbentuk segi tiga mungkin mempunyai cuping berbucu tiga. | UMUM | |
TENDON | Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat, yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih. Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh manusia (gambar: Ligamen dan tendon). | UMUM | |
ANJING LAUT | Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti tornado. Anjing laut ialah perenang yang terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam air. | UMUM | |
PIPIT | Pipit ialah nama bagi banyak burung biasa, kecil, yang terutamanya berwarna perang, putih, dan hitam. Namanya sparrow dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Anglo-Saxon spearwa, yang barangkali adalah istilah umum bagi burung kecil. Pipit terdapat hampir di seluruh dunia. Burung ini mempunyai paruh berbentuk kon dan memakan terutamanya biji. | UMUM | |
NUMMULITE | Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap cangkerang melingkar dan terbahagi kepada banyak kubuk kecil. | UMUM | |
SLIPPERWORT | Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth berbunga ungu. | UMUM | |