KUPU-KUPU PIC | Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari Jepun. Ia adalah satu daripada perosak pic yang paling serius. | UMUM | |
PIRU | Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas. Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau casque menutupi bahagian atas kepalanya. | UMUM | |
DEMAM SENGKENIT | Demam sengkenit ialah nama bagi beberapa penyakit yang disebabkan oleh gigitan sengkenit. Ini termasuk demam sengkenit Colorado, demam berulang, demam berbintik Pergunungan Rocky dan demam Texas. | UMUM | |
BURUNG HITAM | Burung hitam ialah mana-mana jenis burung kecil yang tergolong terutamanya dalam dua famili, yang bulunya - sekurang-kurangnya yang jantan berwarna hitam. Burung betina berwarna perang dengan dadanya berbintik-bintik. | UMUM | |
KUMBANG KURA-KURA | Kumbang kura-kura ialah kumbang kecil yang badannya bulat berbentuk seperti separuh kacang pis. Ia sering berwarna merah atau kuning dan berbintik-bintik hitam, merah, putih atau kuning. | UMUM | |
TAIPAN | Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia boleh membesar lebih daripada tiga meter panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat, dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur. Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil. Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili Elapidae. Ia adalah Oxyuranus scutellatus . | UMUM | |
MERBUK MERATAP | Merbuk meratap ialah burung di Amerika yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico, dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya. Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik hitam. Burung ini terbang laju. | UMUM | |
MONITOR | Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30 jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher yang panjang dan lidah yang sempit bercabang dalam. Badannya berwarna hitam atau perang berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau. Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya seperti cemeti. Biasanya panjang monitor sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di Indonesia. | UMUM | |
PUDING | Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika, malar hijau yang tergolong dalam famili spurg e. Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang 10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau, samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza daripada satu daun kepada daun lain pada pokok yang sama. | UMUM | |
POINCIANA | Poinciana juga dikenali sebagai pokok bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat 10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas daripada bunga. Bunganya yang kembang mengeluarkan lenggai biji berwarna perang keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara, lenggainya digunakan sebagai bahan bakar. | UMUM | |