Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bo.hong] | بربوهوڠ

Definisi : bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbohong

Peribahasa

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPAH BOHONG

Sumpah bohong ialah jenayah apabila

seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk

bercakap benar dalam mahkamah undang-undang

atau dalam prosiding pentadbiran atau

perundangan, tetapi kemudian secara sengaja

berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong

dianggap sumpah bohong hanya apabila ia

mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu

yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau

badan perundangan. Penyataan silap yang tidak

disengajakan tidak dianggap sumpah bohong.

UMUM 
PERBUATAN MENGHALAU HANTU

Perbuatan menghalau hantu ialah

perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan-

syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal

seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini

mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa

jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis

mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda

seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang

salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah.

Malah ia juga boleh menguasai seorang individu

dengan mengambil alih badan seseorang secara

sementara.

UMUM 

Kembali ke atas