SANG SAPURBA, ( ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru. Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang. Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak. Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya. Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah. Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara. Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat. Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana. Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini.
Thanks for clicking. That felt good.