| MONGOLIA | Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di antara China dan Rusia di timur-tengah Asia. Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau, tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit semasa ribut musim panas yang jarang berlaku. | UMUM | |
| BUKIT GOLAN | Bukit Golan ialah kawasan berbukit-bukau di penjuru barat daya Syria. Cerun baratnya yang curam, menghadap ke Laut Galilee dan Sungai Jordan di Israel. | UMUM | |
| PULAU KUNDUR | PULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| SARIKEI | SARIKEI, sebuah daerah dan juga salah sebuah bahagian di Sarawak. Bahagian Sarikei yang direntangi oleh Sungai Rajang dan Sungai Belawai ini mempunyai keluasan lebih kurang 1740 km persegi. Sepanjang Sungai Rajang, kawasan di muaranya agak rendah berpaya, manakala di kawasan pendalamannya lebih tinggi dan berbukit-bukau. Sarikei terletak 356 km dari Kuching. Bandar yang terdekat dengannya ialah Sibu yang terletak lebih kurang 122 km ke timur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| LIMAPULUH KOTO | LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |