MONYET BERBULU | Monyet berbulu ialah sejenis monyet besar yang tinggal di lembangan Sungai Amazon di Amerika Selatan. Ada dua spesies – monyet berbulu biasa yang juga dikenali sebagai monyet berbulu Humboldt, dan monyet berbulu berekor kuning. | UMUM | |
SERIGALA BERBULU | Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan besar yang menyerupai serigala yang terdapat di Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya. Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang, dan berkaki panjang yang membolehkan haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi. Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras bahu. | UMUM | |
MUSANG | Musang ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti kucing yang panjang langsing. Tetapi musang mempunyai muncung yang lebih runcing, ekor yang lebih berbulu dan kaki yang lebih pendek daripada kucing. Musang hidup di Asia, dari India hingga ke Indonesia, dan di Afrika. | UMUM | |
MULLEIN | Mullein ialah nama bagi lebih daripada 350 spesies tumbuhan dwitahunan yang berbulu, yang tergolong dalam famili figwort. Mullein berasal daripada Eropah dan Asia. Ia biasanya tumbuh di kawasan kering, berbatu, terutamanya di kawasan Mediterranean. Ia mempunyai roset daun yang berbulu berhampiran dengan tanah, yang daripadanya tumbuh spika bunga yang panjang di tengahnya. | UMUM | |
TIKUS | Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang paling kecil membesar lebih panjang dan lebih berat daripada mencit yang terbesar. Seperti cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia . Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan bak pahat yang terutamanya sesuai untuk menggerit. | UMUM | |
POSUM | Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya semasa melekap pada puting ibunya. Seperti kebanyakan marsupial, anak posum membesar semasa dikendong ke sana sini dalam kantung pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ). | UMUM | |
SKUNK | Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini terkenal kerana cecair berbau busuk yang disemburkannya apabila ketakutan atau berada dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal berhari-hari lamanya. | UMUM | |
KANGGARU | Kanggaru ialah haiwan berbulu yang melompat dengan kaki belakang. Kanggaru ialah anggota terbesar dalam kumpulan mamalia yang dikenali sebagai marsupial. | UMUM | |
MEMERANG LAUT | Memerang laut ialah haiwan berbulu yang hidup di Lautan Pasifik Utara. Kumpulan memerang laut hidup dekat pesisiran barat Amerika Utara dan Siberia. Ia jarang-jarang meninggalkan air. | UMUM | |
PIKA | Pika ialah sejenis haiwan kecil berbulu yang tinggal di Asia, Eropah dan bahagian barat Amerika Utara. Pika tergolong dalam kumpulan haiwan yang sama seperti kelinci dan arnab, tetapi kelihatan lebih mirip kepada tikus belanda. | UMUM | |