ANGIOSPERMA | Angiosperma ialah nama yang diberi kepada tumbuhan berbunga. Tumbuhan berbunga ialah tumbuhan yang paling banyak di bumi | UMUM | |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau nikotiana ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus Nicotiana . | UMUM | |
MAPEL BERBUNGA | Mapel berbunga atau abutilon ialah nama biasa bagi kira-kira 90 jenis herba dan pokok renek yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana di Afrika, Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan. | UMUM | |
ANEMON HUTAN | Anemon hutan ialah nama bagi dua spesies tumbuhan berbunga putih yang tumbuh dalam hutan jarang di Hemisfera Utara. Kedua-dua jenis tumbuhan ini berbunga pada musim bunga sebelum permukaan tanah dilindungi oleh daun pokok yang baru membesar. | UMUM | |
KROKUS | Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi. Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang mekar pada musim gugur. | UMUM | |
OLEANDER | Oleander ialah pokok renek berbunga yang dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak ros. Dua jenis oleander yang paling biasa mempunyai bunga berwarna merah dan putih. Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan dari kawasan Mediterranean. Pekebun menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan dalam pasu dan tab di kawasan beriklim sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah beracun. | UMUM | |
POINSETTIA | Poinsettia ialah tumbuhan yang berbunga halus yang dikelilingi oleh braktea (daun khas) yang besar dan berwarna. | UMUM | |
MARIGOLD | Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. | UMUM | |
DIKOTILEDON | Dikotiledon ialah sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai dua kotiledon (bahagian berdaun di dalam setiap biji). | UMUM | |
MONOKOTILEDON | Monokotiledon ialah sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai satu kotiledon (struktur daun di dalam biji). Kebanyakan daun monokotiledon mempunyai urat yang selari. Bahagian bunganya biasanya tumbuh dalam gandaan tiga. Lebih kurang 40 000 spesies tumbuhan adalah monokotiledon, termasuk pisang, jagung dan nanas. Lihat juga Kotiledon. | UMUM | |