Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercambah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERCAMBAHAN

Percambahan ialah pertumbuhan biji benih.

Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen,

dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini,

terutamanya keperluan terhadap kepanasan,

berbeza-beza dari spesies ke spesies.

UMUM 
RANGKA SEJUK

Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang

dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan

semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan

rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi

anak benih lembut yang telah bercambah sebelum

permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga

melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada

musim luruh dengan melindunginya daripada fros.

UMUM 
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM 
SERI PAGI

Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada

terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota

famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan

sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah

antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang

lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan

keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek

yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga

hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan

untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi

taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti

hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan

mempunyai pelbagai warna dan campuran warna

ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang

harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam

cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh

direndam dalam air semalaman untuk melembutkan

selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.

Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18

sentimeter diameternya. Bunganya berwarna

bercampur-campur warna samar dan ungu.

UMUM 

Kembali ke atas