Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai.ce.rai] | برچراي - چراي

Definisi : berpecah-­pecah, berpisah-pisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai-cerai

Puisi
 

Serai Acheh bertambak tidak,
     Daun selasih dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
     Cerai setahun balik juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lapuk oleh kain sehelai.

Bermaksud :

Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAILAN

Kailan ialah sayur seakan-akan kubis tetapi

mempunyai daun bercerai-cerai dan keriting.

UMUM 
PERCERAIAN

PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan.  Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam.  Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai.  Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh  meminta cerai.  Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi.  Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal.  Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas