Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ci.ta.ci.ta] | برچيتا - چيتا

Definisi : 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ci.ta.ci.ta] | برچيتا - چيتا

Definisi : 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercita-cita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THUCYDIDES

Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani,

menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita

untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak

berat sebelah yang juga boleh mendedahkan

perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam

masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar

di antara dua negara kota Yunani, Athens dan

Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M.

hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang

terkenal, History of the Peloponnesian War ,

berakhir pada tahun 411 S.M.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
STENDHAL

Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie

Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam

sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di

Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon

dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien

Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red

and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan

aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon.

Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse

of Parma (1839), bermula dengan kekalahan

Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan

seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali.

UMUM 
ANTONY, MARK

Antony, Mark (83?–30 S.M.) ialah jeneral dan

negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu

pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia

meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian

menjadi pembantu pemerintah bersama dengan

Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom,

Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini

Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya

menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony

bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi

dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas