PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT | KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pendaftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PARID WARDI SUDIN | PARID WARDI SUDIN (1944- ), ahli akademik dan arkitek. Dia lahir pada 9 Februari 1944 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Johor. Pada tahun 1964, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of Wales, United Kingdom dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat Diploma Seni Bina pada tahun 1970. Sekembalinya ke tanah air, dia terus mendaftar dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia. Dia kemudian menjadi arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. | BUDAYA | Tokoh |