PERTEMPURAN BALAKLAVA | Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober 1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki, dan British telah menawan Balaklava dengan mudah dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia menghantar bala tentera yang besar dari Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13 kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua- dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang Krimea. | UMUM | |
MASERU | Maseru (pend. 109 382) ialah ibu negeri Lesotho. Ia terletak berdekatan dengan sempadan barat laut. Untuk lokasi, lihat Lesotho (peta). | UMUM | |
SENDI SAKROILIAK | Sendi sakroiliak menyambungkan tulang belakang dengan pelvis. Tulang sakrum berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah tulang belakang muat seperti baji di antara kepak lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan plat daripada rawan menyambungkan tulang- tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan pada sendi sering menyebabkan kesakitan di belakang bahagian bawah belakang. | UMUM | |
MARY ROSE | Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry VIII England yang karam berdekatan Portsmouth pada tahun 1545. | UMUM | |
SOUTHAMPTON | Southampton ialah pelabuhan laut utama di Hampshire, England. Bandar ini terletak di pinggir Sungai Test, berdekatan tempat sungai ini mengalir ke Selat Inggeris. Bandar ini adalah yang terbesar di daerah kerajaan tempatan Southampton dengan bilangan penduduk berjumlah 194 400 orang. | UMUM | |
TEROWONG LÖTSCHBERG | Terowong Lötschberg ialah terowong landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6 kilometer panjang. Ia sebahagian daripada landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône Valley, dan dari situ ia bersambung dengan Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali. | UMUM | |
KHATULISTIWA MAGNET | Khatulistiwa magnet ialah suatu jalur bayangan yang mengelilingi bumi berdekatan dengan khatulistiwa geografi. | UMUM | |
MADAGASCAR | Madagascar ialah negara Afrika yang berupa sebuah pulau besar dan banyak pulau-pulau kecil yang berdekatan. Negara ini terletak di Lautan Hindi, sekitar 385 kilometer di tenggara tanah besar Afrika. Pulau yang terbesar yang dikenali Madagascar merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia selepas Greenland, New Guinea dan Borneo. Antananarivo ialah ibu negara dan juga bandar terbesarnya. | UMUM | |
BURUNG BATUAN | Burung batuan ialah nama dua spesies burung Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan di utara Brazil. | UMUM | |
MENARA BULAT | Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. | UMUM | |