Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.den.ting] | بردنتيڠ

Definisi : berbunyi ting spt bunyi duit syiling jatuh ke batu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.den.ting] | بردنتيڠ

Definisi : berbunyi denting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdenting


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 

Kembali ke atas