Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.yun.du.yun] | بردويون - دويون

Definisi : (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus, ber­bondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.yun.du.yun] | بردويون - دويون

Definisi : (datang, pergi dll) beramai-ramai dan tidak putus-putus; berpusu-pusu; beriring-iring: ~ orang pergi menonton perlawanan bola sepak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduyun-duyun

Peribahasa

Duduk berkelompok,
     tegak berpusu.

Bermaksud :

Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis. berpusu = berduyun-duyun, berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 

Kembali ke atas