Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.but.re.but] | بربوت - ربوت

Definisi : berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.but.re.but] | بربوت - ربوت

Definisi : berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berebut-rebut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATU ALI

DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas