Pingpong ialah permainan dalam dewan yang menyerupai permainan tenis. Pemainnya menggunakan raket yang dikenali sebagai raket atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai beregu . |