ARNAB JACK | Arnab jack ialah satu daripada empat jenis arnab besar yang ditemui di kawasan gurun dan prairi di barat Amerika Utara. Empat jenis yang dimaksudkan ialah arnab jack berekor hitam, arnab jack berekor putih, arnab jack sebelah putih, dan arnab jack antelop. Kesemua jenis arnab ini mempunyai kaki belakang yang panjang, mata yang besar, dan telinga yang panjang dan nipis. Arnab ini mempunyai bulu berwarna kelabu kecoklatan dan perut yang berwarna putih melepak. Arnab jack jenis antelop adalah jenis arnab yang terbesar, beratnya lebih kurang 3.5 kilogram. Arnab ini membesar hampir 70 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
KANDAU | Kandau ialah mamalia berekor panjang dan berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih mirip mencit atau tupai. | UMUM | |
KARAKUL | Karakul ialah biri-biri berekor leper yang menghasilkan kulit yang dikenali sebagai broadtail, biri-biri Parsi dan karakul. Perniagaan bulu haiwan menggunakan kulit karakul untuk membuat jaket, kot, dan topi. | UMUM | |
KANDAU TERBANG | Kandau ialah mamalia berekor panjang dan berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih mirip mencit atau tupai. | UMUM | |
PINTAIL | Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang. Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon. Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia untuk bersarang dan kemudian kembali ke Amerika Utara pada musim sejuk. | UMUM | |
KATAK | Katak ialah haiwan kecil, tidak berekor dan mempunyai mata yang tersembul. Hampir semua katak mempunyai kaki belakang yang panjang. Kaki belakang yang kuat membolehkan katak melompat lebih jauh lagi daripada panjang badannya. | UMUM | |
THRASHER | Thrasher ialah nama bagi sekumpulan burung keperangan, berekor panjang yang didapati dari selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan. Terdapat lebih kurang 17 spesies thrasher. Spesies yang terkenal ialah thrasher perang di timur Amerika Utara (lihat Thrasher ). Nama burung ini mungkin berasal daripada tabiatnya memukul-mukul ekornya yang panjang ke atas dan ke bawah, terutamanya apabila ia teruja. Kebanyakan thrasher mempunyai kepala dan belakang berwarna perang, dan sebelah bawahnya berwarna pucat bercarik-carik perang. Thrasher yang terbesar membesar lebih daripada 30 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
KODOK | Kodok ialah haiwan kecil, tidak berekor yang hampir menyerupai katak. Kodok dan katak kedua-duanya tergolong dalam kelas haiwan yang dinamakan amfibia dan hidup sebahagiannya dalam air dan sebahagian lagi di darat. Tetapi kodok mempunyai badan yang lebih lebar, kulit yang lebih kering dan kaki belakang yang lebih pendek, kurang kuat daripada kebanyakan katak. | UMUM | |
MACAW | Macaw ialah nama bagi lebih kurang 18 spesies burung nuri yang besar dan berekor panjang yang hidup di kawasan berhutan di Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Mexico. Macaw ialah burung nuri yang paling besar, dan panjangnya 30 hingga 100 sentimeter. Burung ini mempunyai sayap yang panjang runcing, dan paruh yang berat, kuat. Bulunya yang cantik berwarna biru, merah, kuning dan hijau meliputi badannya. | UMUM | |
MURAI | Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan burung yang berbeza dalam famili gagak, yang berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih di bahagian bawah dan di hujung sayapnya. Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa berkilat. | UMUM | |