Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fa.ha.man] | برفهمن

Definisi : mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fa.ha.man] | برفهمن

Definisi : 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfahaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
DALAI LAMA

Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang

Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat,

golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang

fahaman Buddha.

UMUM 
LIBERALISME

Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi

yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan

peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai

konservatisme menekankan peraturan, tradisi,

dan pemilikan harta benda persendirian. Orang

yang berfahaman liberal pada amnya menyokong

perubahan sosial yang lebih cepat berbanding

dengan mereka yang berfahaman konservatif.

Tetapi liberalisme merupakan istilah yang

mengelirukan kerana makna dan penekanannya

banyak berubah mengikut peredaran masa.

UMUM 
ACT OF SETTLEMENTAct of Settlement yang diluluskan di England

pada tahun 1701, memberikan hak warisan

mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia,

pemerintah Hanover dan warisnya yang

berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada

James I.

UMUM 
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL (SDP)

Parti Demokratik Sosial (SDP) ialah parti

politik Inggeris yang wujud antara tahun 1981

hingga tahun 1990. SDP mewakili golongan

berfahaman sederhana, antara kumpulan sayap

kiri yang esktrem dengan kumpulan sayap kanan.

Contohnya, parti ini menyokong ekonomi British

yang melibatkan pihak swasta dan kerajaan

berkongsi dalam industri.

UMUM 
SABOTAJ

Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia-

Siakan atau merosakkan alat, mesin atau

pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan

ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja

Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke

dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di

Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah

digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan

sekerja berfahaman anarki.

UMUM 

Kembali ke atas