POSKAD BERGAMBAR | Poskad bergambar menjadi popular sebagai alat untuk berkomunikasi yang pantas dan murah selepas tahun 1900. Pada tahun 1869, poskad bergambar tidak berwarna yang pertama dikeluarkan di Austria, akan tetapi tidak ada tarikh diberikan pada poskad bergambar yang pertama itu. Ini disebabkan poskad bergambar beransur- ansur berkembang. Pada sebelah poskad itu diberikan ruang kosong. Pada asalnya, sebelah kad itu digunakan untuk menulis dan sebelah lagi untuk alamat dan setem. | UMUM | |
BUKU BERGAMBAR | Buku bergambar, sejenis genre buku untuk kanak-kanak. Buku bergambar dihasilkan sama ada bagi karya sastera, mahupun karya informatif. | SASTERA | Karya |
PINGAT CALDECOTT | Pingat Caldecott ialah anugerah tahunan Amerika bagi buku bergambar kanak-kanak yang diterbitkan pada tahun sebelumnya. Ia adalah anugerah pertama yang mengiktiraf kerja-kerja ilustrator buku. | UMUM | |
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI | Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis, direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan. Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada bahasa atau tingkah laku yang dipercayai merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas untuk menimbulkan keghairahan seks. | UMUM | |
KOMIK | Komik ialah siri kartun yang mengisahkan sebuah cerita. Komik mungkin berupa lukisan bergambar yang disertai ayat. Perkataan komik juga bermaksud majalah, biasanya untuk kanak-kanak, yang mengandungi lukisan gambar dan bahagian- bahagian lain. | UMUM | |
PIKTOGRAF | Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar. Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba menyampaikan mesej mereka melalui piktograf. Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek dan juga masyarakat Orang Asli Amerika. Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak- kanak sedang memegang buku, yang mewakili seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu cerita dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan perkataan semata-mata. | UMUM | |
N | N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun, perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad. | UMUM | |
D’AULAIRE | D’Aulaire ialah nama keluarga bagi suami isteri yang menulis dan membuat ilustrasi buku kanak-kanak. Edgar Parin d’Aulaire (1898–1986) dan isterinya, Ingri Mortenson d’Aulaire (1904– 1986), memenangi Caldecot Medal Amerika Syarikat pada tahun 1940 untuk biografi buku bergambar mereka, Abraham Lincoln. | UMUM | |
O | O ialah huruf ke-15 dalam abjad Inggeris. Ia juga terdapat dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakan huruf ini ayin , perkataan mereka bagi mata. Mereka menggunakan gambar mata yang diubahsuai sebagai simbol huruf ini. Mereka mungkin meminjamnya daripada hiroglif atau huruf bergambar Mesir. Orang Phoenicia meminjam huruf ini daripada orang Semit. Kemudian, orang Yunani meminjamnya pula daripada orang Phoenicia. Mereka menamakannya omikron . Lihat Abjad. | UMUM | |
T | T adalah huruf yang ke-20 dalam abjad Inggeris. Ia juga adalah salah satu huruf dalam abjad orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakan huruf ini taw , perkataan yang bermaksud tanda . Mereka menggunakan tanda berbentuk palang yang mungkin dipinjam daripada hiroglif Mesir, atau simbol bergambar yang digunakan sebagai tanda semakan. | UMUM | |