BAHAN ELEKTRIK | Semua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat. | FIZIK | Konsep |
PENJERAPAN | Proses penghimpunan dan pelekatan molekul (zat terjerap) pada permukaan pepejal (zat penjerap). Darjah penjerapan bergantung pada suhu, tekanan dan keluasan permukaan pepejal. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
PERCETAKAN | Percetakan ialah satu daripada media komunikasi massa yang amat penting, seiring dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan menjadi asas kepada kebanyakan sistem pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung pada percetakan untuk semua perkara, daripada slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham. Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada percetakan untuk menjual barangan. | UMUM | |
KINKAJOU | Kinkajou ialah anggota famili rakun yang boleh bergantung dari dahan pokok dengan menggunakan ekornya yang panjang. Kinkajou berbadan langsing dan membesar lebih kurang 90 sentimeter panjangnya termasuk ekor. Ia berbulu tebal berwarna perang kuning. | UMUM | |
ELOHIM | Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks penggunaannya. | UMUM | |
TEKANAN DARAH | Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran darah, dan keanjalan arteri. | UMUM | |
PERKHIDMATAN BERITA | Perkhidmatan berita ialah organisasi yang mengumpulkan dan mengedarkan berita. Kebanyakan akhbar dan stesen radio serta televisyen bergantung pada perkhidmatan berita untuk mendapat berita dalam negara dan antarabangsa. Beberapa buah akhbar dan stesen menghantar wartawannya sendiri untuk memperoleh berita dalam negara dan luar negara. Perkhidmatan berita berkembang dari organisasi yang diwujudkan di Eropah pada tahun 1820-an dan tahun 1830-an untuk membekalkan berita ekonomi kepada klien persendirian. Perkhidmatan berita pada suatu masa dahulu dikenali sebagai perkhidmatan wayar kerana wartawan menghantar laporan mereka melalui wayar ke alat percetakan yang disebut sebagai telemesin taip. | UMUM | |
ALAT PENDENGARAN | Alat pendengaran ialah sejenis peranti yang dapat mempertingkat daya pendengaran. Ramai orang yang mengalami kecacatan pendengaran bergantung pada peranti ini. | UMUM | |
DAUN | Daun ialah bahagian utama yang membuat makanan pada hampir semua tumbuhan. Bunga taman, rumput, pokok renek dan pokok bergantung pada daun untuk membuat makanan. Begitu juga pakis, sayur-sayuran, tumbuhan menjalar, rumpai dan banyak tumbuhan lain. | UMUM | |