Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah sebuah patung Yunani purba yang cantik yang ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun 1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118 keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki (Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil membawa mesej kemenangan, penawanan, dan kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai sayap yang melambangkan kepantasan dan kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi patung ini bergelombang, mungkin melambangkan perjalanan yang sukar untuk mencapai kemenangan. Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di Louvre, Paris. |