KAWAN BERGELUT | KAWAN BERGELUT, kumpulan cerpen karya Soeman H.S. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta dan dicetak oleh Penerbit DE BRUG, Amsterdam. Ia mengandungi 12 buah cerpen. Antara cerpen yang terpanjang ialah “Papan Reklame” lebih kurang 1230 perkataan dan cerpen yang terpendek ialah “Tjik Mat”, lebih kurang 170 perkataan sahaja. | SASTERA | Karya |
POLO AIR | Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba menjaringkan gol dengan membaling atau menolak sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan. Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang paling lasak kerana pemain menendang dan bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut menyalahi peraturan. | UMUM | |