Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
PRINSIP BERNOULLI

Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum

Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa

tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang

bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah

mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan

bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan,

tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju

melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar

daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip

Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan

menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju.

Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel

Bernoulli (1700–1782), ahli matematik, Switzerland.

UMUM 
RUMAH BERGERAK

Rumah bergerak ialah rumah boleh gerak,

yang dibuat di kilang. Rumah bergerak mempunyai

roda terbina dalam.

UMUMUmum
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM 
ARUS JET

Arus jet ialah satu jalur arus udara yang bergerak

laju pada altitud tinggi. Arus jet mengalir berolak-

olak mengelilingi Hemisfera Utara dan Selatan.

Alur ini kerap bertukar tempat dan bergerak secara

menegak dan juga mendatar.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
AERODINAMIK

 Aerodinamik ialah kajian mengenai daya yang

bertindak pada objek sewaktu ia bergerak melalui

udara atau gas lain. Daya aerodinamik bertindak

pada kapal terbang dan sebarang objek lain yang

bergerak melalui udara. Ahli sains dan jurutera

mengkaji daya aerodinamik kerana daya ini

menjejaskan pergerakan objek.

UMUM 
BURUNG HAWARI

Burung hawari berwarna kelabu atau

hitam, bergerak pantas dan berukuran kira-kira

30 sentimeter panjang. Burung ini berasal

dari Australia. Hawari merayau-rayau di hutan,

memakan serangga dan biji-bijian. Burung Hawari

bergerak dalam kumpulan sebanyak kira-kira 12

ekor. Disebabkan inilah burung ini diberi nama

sempena dengan nama hawari dalam Bible – 12

orang pengikut Jesus Christ.

UMUM 
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas