Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bergerak atau berubah kerana sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak balas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
ALIR LINTANG

Alir lintang, satu proses apabila udara yang panas dan lembap bergerak ke atas suatu permukaan yang dingin dan menyebabkan udara tersebut kehilangan haba.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BOSE, SIR JAGDISH CHANDRA

Bose, Sir Jagdish Chandra (1858–1937) ialah

ahli sains India. Usahanya termasuk penemuan

dalam bidang fizik dan biologi. Sumbangannya

yang paling penting kepada pengetahuan sains

ialah penciptaan alat yang benar-benar peka untuk

merekodkan cara tumbuh-tumbuhan bergerak

balas terhadap tindakan luar. Misalnya, alat

ciptaannya menunjukkan bagaimana tumbuh-tumbuhan

yang cedera kelihatan bergetar.

UMUM 

Kembali ke atas