Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.tah] | برݢته

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.tah] | برݢته

Definisi : 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergetah

Peribahasa

Menantikan ara tak bergetah.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
NANGKA

Nangka ialah pokok tropika yang cepat tumbuh

dengan buahnya besar dan boleh dimakan.

Pokok ini malar hijau dan tumbuh sehingga 15

meter tingginya. Ia mempunyai bunga jantan dan

betina yang berasingan. Buahnya boleh mencapai

sehingga 27 kilogram beratnya. Ia mempunyai

bau yang harum dan isinya berwarna kuning dan

bergetah.

UMUM 
PLASTIK

Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh

dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah

satu bahan paling berguna yang pernah dicipta.

Rumah, sekolah dan sektor perniagaan

menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera

telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli

atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh

membuat plastik yang berwarna seperti warna

pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna

seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang

tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi

pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada

botol dan kain yang lembut. Barangan plastik,

terutama yang digunakan oleh sektor

perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk

jangka masa yang lama.

UMUM 

Kembali ke atas