KALSIUM KARBONAT | Kalsium karbonat ialah mineral berhablur, berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat ialah CaCO3. | UMUM | |
KALSIUM KARBIDA | Kalsium karbida ialah sebatian berhablur, keras, rapuh yang terdiri daripada kalsium dan karbon. | UMUM | |
SILIKOSIS | Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit silikosis – banyak berlaku terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan, pelombong, dan pekerja yang menghasilkan barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas. | UMUM | |
MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG) | Monosodium glutamat (MSG) ialah garam yang digunakan dalam penyediaan dan pemprosesan banyak makanan. Ia sendiri mempunyai sedikit rasa, tetapi ia memperbaikkan rasa makanan seperti daging, makanan laut, sup dan sayur-sayuran. Monosodium glutamat ialah bahan berhablur berwarna putih yang terbentuk apabila natrium dicampurkan kepada asid amino yang dinamakan asid glutamik (lihat Asid amino). | UMUM | |