SNOWY | Snowy ialah sebatang sungai di tenggara New South Wales dan timur Victoria, Australia. Sungai ini bermula berhampiran Gunung Kosciusko di Pergunungan Snowy dan mengalir kira-kira sejauh 430 kilometer menuju muaranya berhampiran Orbost di timur Gippsland. Sungai ini mempunyai kawasan tadahan seluas 12 945 kilometer persegi. Sungai ini menjadi masyhur apabila penyair berketurunan Australia yang bernama Banjo Paterson menerbitkan puisinya, “The Man from Snowy River” pada tahun 1895 (lihat Paterson, Banjo). | UMUM | |
SUNGAI AISNE | Sungai Aisne ialah sungai yang terletak di timur laut Perancis. Sungai ini bermula dari hutan Argonne berhampiran Ste. Menehould. Ia mengalir ke utara dan kemudian ke barat sebelum memasuki Sungai Oise berhampiran Compiègne. Sungai Aisne sepanjang kira-kira 290 kilometer. Sampan kecil dapat mudik di sepanjang sungai ini. Terusan pula menjadi penghubung Sungai Aisne dengan Sungai Seine dan Sungai Meuse. Dalam Perang Dunia I, tiga pertempuran hebat berlaku di lembah Sungai Aisne. | UMUM | |
OLD VIC | Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran Waterloo Station di London. Bertahun-tahun lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini menjadi rumah sementara bagi National Theatre. Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan Ratu Victoria semasa baginda masih seorang puteri. | UMUM | |
WOHLER, FRIEDRICH | Ahli kimia Jerman. Dia dilahrikan di Escherseim, berhampiran Frankfurt pada 31 Julai 1800. | KIMIA | Tokoh |
TERUMBU PINGGIR | Pentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
IKAN PANDU | Ikan pandu ialah sejenis ikan yang terdapat berhampiran dengan permukaan kebanyakan laut tropika dan laut beriklim sederhana | UMUM | Umum |
ASAHAN | Kerajaan yang terletak berhampiran Sungai Asahan. Sungai Asahan yang bermula dari Danau Toba, menjadi jalan perhubungan yang penting di antara daerah Batak di Kawasan pedalaman dengan Selat Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MEMERANG | Memerang adalah anggota famili wesel. Memerang hidup berhampiran air dan menghabiskan banyak masa di dalam air. Memerang adalah pakar renang dan menyelam, dan boleh menyelam dalam air selama tiga atau empat minit. Ia bergerak canggung di darat. | UMUM | |
SUNGAI PARNAIBA | Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás, Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba, kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh 480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di pinggir Lautan Atlantik. | UMUM | |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |