NAPOLEON II | Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya, dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu gembira. Baginda menganugerahkan puteranya dengan gelaran raja Rom. | UMUM | |
SENI HALUS | Seni halus berkaitan dengan membuat objek- objek cantik, atau mengeluarkan, atau mempersembahkan karya yang menarik kepada cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan karya seni yang besar dapat mengembangkan minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan fikiran terbaik tokoh besar. | UMUM | |
PAKAU | Pakau ialah permainan terup, iaitu pemain- pemain bertaruh berdasarkan kad yang mereka peroleh atau berharap untuk diperoleh. | UMUM | |
MOGOK | Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar. Mereka berharap mogok atau ancaman untuk mogok akan memujuk syarikat agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja yang lebih baik, atau faedah-faedah lain. | UMUM | |
NOBEL, ALFRED BERNHARD | Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa mudanya, Nobel menjalankan eksperimen menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna. Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin, tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi musuh awam selama beberapa tahun lamanya. | UMUM | |
PERANG ITALI–ETHIOPIA | Perang Itali–Ethiopia , pertempuran di antara Itali dan Empayar Ethiopia Afrika (dahulunya Abyssinia ) dari tahun 1935 hingga tahun 1936. Benito Mussolini memulakan perang tersebut kerana mahu mengalih perhatian rakyat Itali daripada masalah dalam negara. Dia juga berharap untuk mendapatkan sumber bahan mentah untuk industri di Itali. | UMUM | |
OGLETHORPE, JAMES EDWARD | Oglethorpe, James Edward (1696 –1785), orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan Georgia Amerika. Dia lahir di London dan mendapat pendidikan di Oxford University. Dia memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun. Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722. Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat membantu mereka dengan menubuhkan sebuah tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu menerima piagam daripada George II bagi tanah jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah di antara Sungai Savannah dengan Sungai Altamaha. | UMUM | |
MENGUMPUL BUKU | Mengumpul buku ialah hobi yang popular. Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab. Ramai orang mengumpul buku kerana mereka gemar membaca dan suka mengumpul barang. Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara tertentu atau pengarang. Sesetengah orang mengumpul buku kerana kecantikan buku itu. Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana berharap buku mereka akan bertambah nilainya dan menjadi pelaburan yang baik. | UMUM | |
ARABANOO | Arabanoo ( ? –1789), orang Asli dari Port Jackson (Sydney Harbour), Australia, yang telah dipaksa oleh Arthur Phillip, gabenor New South Wales untuk menyertai petempatan British yang pertama di Sydney Cove. Dia telah dikurung di rumah Phillip dari Disember 1788 sehingga dia meninggal dunia pada bulan Mei 1789. Phillip berharap dapat menggunakan Arabanoo sebagai jurubahasanya. Arabanoo meninggal dunia semasa wabak cacar yang membunuh ramai Orang Asli tetapi tidak menjejaskan peneroka British. Pada bulan November 1789, Phillip cuba menggantikan Arabanoo dengan menangkap dua Orang Asli lain, iaitu Colbee dan Bennelong. | UMUM | |
PERJUDIAN BOLA SEPAK | Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk perjudian yang popular di United Kingdom. Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang yang bermain judi ini mendengar dengan cemas siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu pada musim perlawanan bola sepak. Mereka berharap telah membuat ramalan yang tepat dan memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas yang dikenali sebagai panel perjudian membuat penetapan tentang keputusan yang mungkin tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi berasaskan keputusan panel tersebut. | UMUM | |