Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Bakar bara waktu petang,
     Hendak melayur daun palas;
Antara tiga sanggul melintang,
     Mana satu janda berhias.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sedikit kerja,
     banyak berantun.

Bermaksud :

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARUNG TANGAN

Sarung tangan ialah penutup perlindungan

atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan

mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap

jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan.

UMUM 
MASQUE

Masque ialah suatu bentuk pementasan yang

beradun dan berhias, yang dipersembahkan di

istana raja-raja Eropah.

UMUM 
NIEMEYER, OSCAR

Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia

terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di

Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer

sering menggunakan bentuk berhias bagi

keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina

yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan

bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan

iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni

barok di Brazil.

UMUM 
KAIN KERIKAM

KAIN   KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi.

BUDAYAKraf Tangan
BOUCHER, FRANÇOIS

Boucher, François (1703–1770), pelukis

Perancis. Karyanya menunjukkan gaya rococo yang

elegan, berhias dan berwarna-warni, yang sangat

popular pada tahun 1700-an.

UMUM 
BAJU KUTANG

BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut ‘kutang’ sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut ‘coli’. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara.

BUDAYAPakaian
KAIN LIMAR

KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas