Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbuat sesuatu utk menggembirakan hati: Dia pergi ~ utk menghilangkan rasa sedihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,

Puisi
 

Sedikit minta sedikit,
     Tidak boleh dikasi banyak;
Ada rumah di kaki bukit,
     Berhibur hati orang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM 
MUZIK

Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang

menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi

bahagian penting dalam banyak kegiatan

kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan

muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik

juga digunakan untuk berhibur dan bersantai.

UMUM 
TARIAN PULAI

TARIAN PULAI, tarian tradisional petani di kawasan pedalaman Terengganu. Tarian ini diadakan pada musim menanam padi, iaitu bertujuan untuk berhibur setelah penat bekerja sehari suntuk di sawah, di samping memohon rezeki yang lebih.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas