NISEI | Nisei ialah nama Jepun yang merujuk kepada kanak-kanak keluarga Jepun yang berhijrah ke negara lain. Nisei bermaksud generasi kedua . Orang yang berhijrah dikenali sebagai Issei (generasi pertama). Anak-anak Nisei dinamai Sansei (generasi ketiga), dan anak-anak mereka dikenali sebagai Yonsei (generasi keempat). Lihat juga Perang Dunia II. | UMUM | |
NU‘MAN IBN MUQRAN, AL- | Nu‘man ibn Muqran, al- (?–21 H./?–642 M.) ialah salah seorang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang berhijrah ke Madinah. Dia berhijrah bersama-sama dengan tujuh orang saudaranya. Mereka menghadirkan diri dalam perutusan puak Muzaynah pada tahun kelima Hijrah. Mereka ialah kumpulan pertama mengikat janji setia dengan Rasulullah s.a.w. Al-Nu‘man turut menyertai Perang Khandaq, Perjanjian Hudaybiyah dan juga pembukaan Makkah. | UMUM | |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
TERN ARTIK | Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. | UMUM | |
MERBUK MERATAP | Merbuk meratap ialah burung di Amerika yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico, dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya. Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik hitam. Burung ini terbang laju. | UMUM | |
MERBUK BALAM | Merbuk balam ialah merbuk kecil yang membiak di hutan jarang dan desa lapang di Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia terbang pantas dan terbang terus sambil mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga. Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput. Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai merbuk balam. | UMUM | |
KONRADS | Konrads ialah nama keluarga bagi dua adik-beradik yang menjadi johan renang Australia. Mereka lahir di Latvia dan berhijrah ke Australia pada tahun 1949. Mereka kemudiannya menjadi rakyat Australia. Kedua-duanya, Jon dan Ilsa, dikenali sebagai Konrads Kids. | UMUM | |
AL-ANSAR | Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah. Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, ”nasara”. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
SHAD | Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya dan beratnya lebih daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan plankton (organisma laut mikroskopik), terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod. Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun. Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi daratan dan tidak berhijrah. | UMUM | |
SHOVELER | Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui “palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. | UMUM | |