ACT OF UNION | Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen United Kingdom di Westminster, London. Akta pertama berhubung dengan Parlimen Scotland dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada tahun 1801. | UMUM | |
SPIRITUALISME | Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh orang yang telah mati boleh berhubung dengan orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia. Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester, New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya mereka dapat berhubung dengan roh yang dipercayai cuba menghantar isyarat kepada mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu membawa kepada penubuhan beberapa pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
USULUDDIN | Ilmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar. | AGAMA | Disiplin Ilmu |
AGNOSTISISME | Agnostisisme ialah kepercayaan bahawa persoalan mutlak, terutamanya yang berhubung dengan kewujudan tuhan, tidak boleh dijawab. | UMUM | |
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SHERMAN, ROGER | Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu yang menandatangani kesemua empat dokumen yang masyhur berhubung dengan Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774), Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton, Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun 1766 hingga tahun 1789. | UMUM | |
PULLMAN, GEORGE MORTIMER | Pullman, George Mortimer (1831–1897) ialah pereka cipta dan ahli perniagaan Amerika. Pullman dikenang khususnya berhubung dengan gerabak tidur dalam kereta api yang dipertingkatkan dan digunakan secara umum di Amerika Syarikat. | UMUM | |
TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |