Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.Öi.ba.dat]/[be.ri.ba.dat]/ | برعبادة

Definisi : berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.Öi.ba.dat]/[be.ri.ba.dat]/ | برعبادة

Definisi : melakukan ibadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibadat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan amal, amalan, bakti, khidmat;,
Kata Terbitan : beribadat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUIL

Kuil ialah rumah tempat beribadat. Perkataan

kuil selalunya dikaitkan dengan tempat beribadat

penganut agama Buddha, Konfusius, Hindu,

Tao dan tempat beribadat di Timur Dekat dan

Eropah purba.

UMUM 
SUFYAN AL-THAWRIY

Sufyan al-Thawriy (97–161 H./716 –778 M.),

hafiz, ahli fiqh, kuat beribadat dan ketua pendebat.

Nama penuhnya ialah Sufyan ibn Sa‘id ibn Masruq

al-Thawriy, Abu ‘Abdullah al-Kufiy daripada Bani

Thawr ibn ‘Abd al Manat ibn Uddi ibn Tabikhah ibn

Ilyas ibn Madh’ar ibn Nizar ibn Ma‘ad ibn ‘Adnan.

Sufyan lahir dan dibesarkan di Kufah dan bapanya

adalah seorang ulama Kufah. Mungkin bapanya

seorang ulama yang menyebabkan dia menuntut

ilmu hadith. Sufyan meriwayatkan hadith daripada

al-Aswad ibn Qis, Abi Ishaq al-Subi‘iy, ‘Amru ibn

Murrah, Mansur Ibn al-Mu‘tamir, Ayub al-

Sakhtayaniy, Isma‘il ibn Abi Khalid dan lain-lain lagi.

UMUM 
MENNONITE

Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian

Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang

sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan

beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan

mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian

Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the

Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang,

bersumpah, atau memegang jawatan dengan

menggunakan kekerasan adalah ditegah.

UMUM 
SA‘ID IBN JUBAYR

Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli

fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady

Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia

seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat.

Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn

Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar,

Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada

kalangan sahabat.

UMUM 
MARYAM

Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Nama

penuhnya ialah Maryam bint Imran ibn Mathan.

Imran di sini bukanlah bapa kepada Nabi Musa a.s.,

kerana jarak antara kedua-duanya beratus-ratus

tahun. Maryam ialah seorang wanita yang paling

suci di dunia, kuat beribadat dan masih tetap dara.

UMUM 
SURAH AL-SAFFAT

Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 182 ayat.

Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk

yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit

yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah

S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:

“Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan

siang tanpa henti-henti”.

(Surah al-Saffat 37:20)

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
SEKOLAH PONDOKSEKOLAH PONDOK,  institusi pengajian dan pendidikan  Islam secara tradisional.  Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau.  Sekolah pondok  adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid.  Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas