Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.kut]/[ber.i.kut] | برايکوت

Definisi : 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.kut]/[ber.i.kut] | برايکوت

Definisi : 1 datang atau muncul sesudah ini; tsb di bawah ini: Nama-nama mereka yg lulus adalah spt yg ~. 2 berserta dgn; beriring dgn: ~ surat ini, saya kirim sebuah buku bacaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORIAL

Memorial mungkin berbentuk patung,

monumen, bangunan, atau taman. Untuk maklumat

tentang memorial yang khusus, lihat rencana

berikut dalam Ensiklopedia Dunia: Arc de

Triomphe; Monumen; Monumen Washington;

Statue of Liberty.

UMUM 
ALIRAN SEARUSAliran seragam yang segaris dengan garis arus.  Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut:  < Gambarajah >     Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0.     Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu.  Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z.  Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z.     Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat.  Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga.  Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
OEDIPUS

Oedipus ialah raja Thebes dalam mitologi Yunani.

Dia telah membunuh bapanya tanpa disedarinya dan

mengahwini ibunya. Ramai penulis purba menulis

cerita Oedipus dalam versi yang berbeza-beza. Versi

yang berikut sebahagian besarnya berasaskan

Oedipus Rex , karya tragedi penulis drama Yunani

Sophocles.

UMUM 
NABI IBRAHIM A.S.

Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al-

Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih

daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut

nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn

Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh

ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi

Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para

nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi

lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan

Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan

Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan

keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi

dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan

balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya

adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang

salih”.

(Surah al-‘Ankabut 29:27)

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 
SISTEM PERANGKAAN

Sistem perangkaan ialah cara mengira dan

menamakan nombor. Ia juga dikenali sebagai

sistem angka. Kita tidak boleh melihat atau

memegang nombor, kerana ia adalah idea. Tetapi

kita boleh menggunakan simbol untuk mewakili

nombor. Simbol ini dikenali sebagai angka.

Berikut ialah empat angka yang mewakili nombor

dalam setengah dozen: 6, enam, VI, dan llll l .

UMUM 
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?”.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM 
SURAH AL-MURSALAT

Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

50 ayat. Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana

Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini

dengan perkataan itu sebagaimana berikutWal

Mursalati ‘Urfa” yang bermaksud:

“Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan

berturut-turut (menjalankan tugasnya)”.

(Surah al-Mursalat 77:1)

UMUM 
NOMBOR GENAP

Nombor genap ialah integer yang menepati mana-mana kriteria berikut:

(i)    boleh dibahagi dengan nombor 2 (tidak ada baki nombor dihasilkan selepas pembahagian), atau

MATEMATIKKonsep
NOMBOR GANJIL

Nombor ganjil ialah integer yang menepati mana-mana syarat berikut:

 (i)  tidak boleh dibahagi dengan nombor 2 (ada baki nombor dihasilkan selepas pembahagian), atau

MATEMATIKKonsep
12

Kembali ke atas