ADAT | Adat ialah amalan atau cara melakukan sesuatu yang telah diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya. | UMUM | |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
MAGNA CARTA | Magna Carta ialah dokumen yang menandakan langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad- abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana banyak negara demokrasi mengikuti perundangan Inggeris dalam membentuk kerajaan masing- masing. | UMUM | |
SALAZAR, ANTÓNIO DE OLIVEIRA | Salazar, António de Oliveira (1889–1970), berkhidmat sebagai diktator Portugal dari tahun 1933 hingga tahun 1968. Dia menjadi perdana menteri pada tahun 1932. Pada tahun berikutnya, dia mengisytiharkan sebuah perlembagaan baru yang menjadikannya sebagai diktator. Pada tahun 1968, dia diserang strok dan tidak dapat menjalankan tugasnya. Dia digantikan oleh Marcello Caetano sebagai perdana menteri. | UMUM | |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
PORTLAND, DUKE OF | Portland, Duke of (1738–1809) ialah perdana menteri Britain yang memegang jawatannya sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig (lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan campuran untuk jangka waktu yang pendek pada tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam negeri di bawah William Pitt the Younger. Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana menteri dan mengetuai kerajaan Tory. | UMUM | |
GENETIK TUMBUH-TUMBUHAN | Genetik tumbuh-tumbuhan ialah salah satu bidang botani yang mengkaji tentang pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui gen. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
O'MALLEY, DESMOND | O’Malley, Desmond (1939– ) ialah pengasas Demokrat Progresif, iaitu parti politik di Republik Ireland. O’Malley menjadi anggota Fianna Fáil, tetapi dibuang pada tahun 1985 selepas berucap menentang barisan parti dalam membahaskan perancangan keluarga. Dia membentuk Demokrat Progresif pada awal tahun berikutnya dan mengepalai parti itu sehingga tahun 1993. Pada tahun 1989, Demokrat Progresif dan Fianna Fáil membentuk kerajaan campuran, dan O’Malley menjadi menteri bagi perindustrian dan perdagangan sehingga tahun 1992. | UMUM | |
TELEGRAF MELALUI DARAT | Telegraf melalui darat merentasi Australia sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin, tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872. | UMUM | |
ANZAC | Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand, adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera Australia dan New Zealand memperoleh reputasi kerana keberanian dan kemahiran berjuang menentang tentera Turki di semenanjung itu. | UMUM | |