SITI KHADIJAH KHUWAILID | Isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. dan orang pertama yang beriman selepas kerasulan baginda. | AGAMA | Tokoh |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
ABU BAKAR AL-SIDDIQ | Abu Bakar al-Siddiq (51 S.H.–13 H./573 M.–634 M.) ialah Khalifah al-Rashidin pertama dan lelaki dewasa pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW. Dia ialah ‘Abdullah ibn Abu Quhafah. Nama sebenar Abu Quhafah ialah ‘Uthman ibn ‘Amir ibn Ka‘b, al-Taymi berbangsa Quraisy. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
SURAH AL-MUMTAHANAH | Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 13 ayat. Surah ini dinamakan al- Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir”. (Surah al-Mumtahanah 60:10) | UMUM | |
SURAH AL-TAWBAH | Surah al-Tawbah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah kesembilan mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 129 ayat. Ia dinamakan al-Tawbah (taubat) kerana ayatnya menggesa orang beriman supaya bertaubat. | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |
SURAH MUHAMMAD | Surah Muhammad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-47 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an al-Karim dan mengandungi 38 ayat. Surah ini dinamakan demikian kerana memfokuskan keadaan orang yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga orang yang mendustai kerasulannya. | UMUM | |