Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rim.bang]/[ber.im.bang] | برايمبڠ

Definisi : 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAVID, JACQUES LOUIS

David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis

Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis

dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya

dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk

secara mantap berdasarkan bentuk model,

unsur perincian yang realistik, dan komposisi

yang berimbang.

UMUM 
MAILLOL, ARISTIDE

Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir

Perancis. Seperti kebanyakan pengukir

generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk

emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang

dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste

Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada

waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan

perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi

berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas

merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba

kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang

tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran

zaman klasik awal Yunani.

UMUM 

Kembali ke atas