Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ara, waringin, Ficus benjamina; 2. = ~ songsang gambar pokok terbalik pd bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : nama sj pohon ara yg rimbun, Ficus benjamina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beringin

Puisi
 

Pokok beringin daunnya hijau,
     Pokok lada ditebas budak;
Hati ingin memandang pulau,
     Biduk ada pengayuh tidak.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Pada sangka pohon beringin,
     kiranya tersandar di punggur lapuk.

Bermaksud :

Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM 
BERINGIN

BERINGIN,  (Ficus benjamin linn dan digolongkan dalam famili Moraceae), pokok peneduh yang dapat digunakan dalam perubatan tradisional Melayu.  Pokok ini dikenal juga dengan nama lain iaitu ara, weringin, jawi-jawi, jejawi dan kelat sega.  Terdapat banyak lagi spesies yang tergolong falam genus Ficus di Malaysia tetapi hanya Ficus benjamina sahaja yang dirujuk sebagai beringin.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas