RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD | RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DARDANELLA | DARDANELLA, rombongan sandiwara Indonesia yang sangat popular pada akhir tahun 1940-an. Nama penuhnya ialah Dja Dardanella. Dardanella dipimpin oleh Pedro, seorang yang berbangsa Rusia yang beristerikan seorang wanita Indonesia bernama Dewi Dja. Sandiwara ini telah memecahkan tradisi bangsawan dan komedi stambul Indonesia kerana persembahannya lebih mendekati konsep tonil atau teater Barat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |