SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |
CHIPMUNK | Chipmunk ialah haiwan kecil, berjalur yang hidup dalam lubang dalam tanah di Asia dan Amerika Utara. Chipmunk memakan biji-bijian dan kekeras yang dipungut dan disimpan dalam lubangnya. | UMUM | Umum |
ONIKS | Oniks ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada batu karbonat berjalur dan juga akik, iaitu jenis kuarza berira halus (lihat Akik). | UMUM | |
REDSHANK | Redshank ialah burung randuk di Eropah dan utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua jantina burung ini mempunyai tompok putih yang ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang berwarna jingga merah terang. | UMUM | |
PIPIT PAGAR | Pipit pagar ialah burung yang hidup di Asia dan Eropah. Ia juga dinamakan asentor pagar atau dunnock. Ia adalah burung kecil montel yang mempunyai paruh halus, bulu berwarna perang berjalur hitam. | UMUM | |
SISKIN | Siskin ialah burung kecil kira-kira 11 sentimeter panjangnya. Siskin ialah anggota famili burung cakar. Burung ini mempunyai paruh yang runcing dan ekor yang pendek, bercabang. Siskin jantan mempunyai bulu berjalur kuning-hijau; siskin betina pula mempunyai warna yang lebih pucat dan lebih banyak kelabu. | UMUM | |
NUTCRACKER | Nutcracker ialah burung dalam famili gagak. Ada dua spesies nutcracker , satu yang terdapat di Eropah dan Asia, dan satu lagi di Amerika Utara. Kedua-duanya adalah burung sebesar burung jackdaw. Nutcracker Eropah berwarna perang berangan berjalur putih. Spesies Amerika, iaitu nutcracker Clark , berwarna kelabu pucat, dengan kepak dan ekornya berwarna hitam, dan putih. Kedua-dua spesies ini membuat sarang di tempat tinggi di dahan pokok pain yang tinggi. | UMUM | |
OBSIDIAN | Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila lava panas mengalir di permukaan bumi dan menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak disejukkan dengan perlahan untuk membentuk hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika menggunakannya untuk membuat mata anak panah dan pisau. Lihat juga Batuan; Granit. | UMUM | |
SALPIGLOSIS | Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia berkaitan dengan petunia. Seperti petunia, salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet, tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu, jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46 sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat bahagian atas setiap ranting. Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis sinuata . | UMUM | |
MONITOR | Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30 jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher yang panjang dan lidah yang sempit bercabang dalam. Badannya berwarna hitam atau perang berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau. Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya seperti cemeti. Biasanya panjang monitor sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di Indonesia. | UMUM | |