Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jam.bul] | برجمبول

Definisi : mempunyai jambul; burung ~ sj burung, burung menjerit, Platylophus gale­riculatus ardesiacus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjambul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAYANG-LAYANG BERJAMBUL UMUM 
KINGLET

Kinglet ialah burung kecil berwarna hijau buah

zaitun dan berjambul (tompok) berwarna terang di

atas kepalanya. Dua jenis kinglet, satu berjambul

keemasan dan satu lagi berjambul merah delima,

hidup di Amerika utara. Burung ini panjangnya

lebih kurang 10 sentimeter. Ia terbang pantas untuk

mencari serangga.

UMUM 
BENGKUNG

BENGKUNG,   kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu.  Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang.  Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm.  Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular.  Ada kalanya  seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas