Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jang.kit] | برجاڠکيت

Definisi : , menjangkit 1. ber­pin­dah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jang.kit] | برجاڠکيت

Definisi : merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangkit
Kata Terbitan : berjangkit, menjangkiti, menjangkitkan, terjangkit, penjangkitan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMAM CAMPAK

Demam campak ialah sejenis penyakit yang

mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini

ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit

(boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya

penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang

dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju

hanya segelintir  yang dijangkiti penyakit

itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit

ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai

kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di

negara membangun. Nama perubatan untuk

penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman,

yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah

sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai

tanda-tanda awal yang serupa.

UMUM 
DEMAM KELENJAR

Demam kelenjar, juga dikenali sebagai

mononukleosis berjangkit , ialah penyakit

berjangkit yang ringan. Penyakit ini biasanya

disebabkan oleh virus herpes Epstein-Barr (EB).

UMUM 
SIFILIS

Sifilis ialah penyakit yang berjangkit melalui

hubungan seks dan dapat menimbulkan beberapa

gejala yang teruk jika tidak dirawat. Sifilis

disebabkan oleh spirochaete (bakteria dalam

bentuk bergulung-gulung) dikenali sebagai

Treponema pallidum. Organisma ini hidup hanya

pada manusia dan biasanya berjangkit semasa

hubungan seks.

UMUM 
PSITAKOSIS

Psitakosis ialah penyakit berjangkit yang dibawa

oleh beberapa jenis burung. Ia juga dikenali

sebagai demam burung kakaktua atau ornitosis .

Psitakosis biasanya berlaku dalam kumpulan

burung kakaktua, namun begitu ia juga terdapat

pada burung merpati dan ayam itik. Manusia boleh

dijangkiti penyakit ini dengan menyentuh burung

yang sakit ataupun alat-alat yang tercemar dengan

penyakit ini.

UMUM 
ANTRAKS

Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang

menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat

juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada

sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada

manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai

pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga

disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru.

Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan

kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan.

Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah

penjual daging, pengembala, orang yang terlibat

dengan kerja memproses benang bulu biri, dan

doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara

menangani produk binatang berjaya mengurangkan

berlakunya antraks pada manusia.

UMUM 
DISTEMPER

Distemper ialah penyakit berjangkit pada anjing

dan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
AKTINOMIKOSIS

Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang

jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan

manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses

yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau

organ penghadaman.

UMUM 
DEMAM SKARLET

Demam skarlet ialah penyakit berjangkit yang

menyerang kanak-kanak terutamanya. Demam ini

dinamakan demikian kerana ruam merah terang

yang terjadi akibat penyakit ini. Demam skarlet

pernah menjadi penyakit yang serius dan merebak.

UMUM 
DEMAM BERULANG

Demam berulang ialah penyakit berjangkit

yang berlaku terutamanya di kawasan tropika, yang

sering menjadi wabak. Demam ini disebabkan

oleh bakteria yang dinamakan spiroket.

UMUM 
DIFTERIA

Difteria ialah jangkitan yang teruk dan berjangkit

pada sistem pernafasan atau kulit. Ia boleh

melibatkan komplikasi yang teruk atau mungkin

membawa maut.

UMUM 
123

Kembali ke atas