BERJASA | BERJASA, parti politik. BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia. Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SUNAN KUDUS | SUNAN KUDUS ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sayid Jaafar Shadiq. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang berjasa dalam mengembangkan dan menegakkan kerajaan-kerajaan Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia dikatakan berasal dari Palestin dan tiba di Jawa pada tahun 1435 dengan tujuan membantu memperkembangkan agama Islam. Pada tahun 1436, dia dilantik sebagai ahli Walisongo kerana menggantikan Malik Isroil. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN PERAK | TUN PERAK (1420-1498), bendahara kerajaan Melayu Melaka yang terulung yang berkhidmat di bawah empat orang sultan. Dia adalah keturunan bangsawan yang telah banyak berjasa kepada perkembangan kemakmuran dan kestabilan Melaka. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karangan Tun Seri Lanang (1612) mencatatkan Tun Perak sebagai salah seorang daripada tiga tokoh terpintar di alam Melayu sehingga abad ke-15, selain Mangkubumi Majapahit dan Mangkubumi Pasai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HADI HASSAN | Hadi Hassan (1906-1937), tokoh yang banyak berjasa terutamanya dalam bidang penulisan sejarah tanah air. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENDETA BAHASA | PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut. Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu. Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956. Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman. | BAHASA | Konsep |
SUNAN DERAJAT | SUNAN DERAJAT ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Dia lahir di Ampel. Nama sebenarnya ialah Raden Syariffudin. Ada sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Raden Qasim. Sunan Derajat adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berjasa dalam mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Bapanya bernama Sunan Ampel, manakalanya ibunya bernama Dewi Candrawati. Sunan Derajat juga adik Raden Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |