Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ji.wa] | برجيوا

Definisi : 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ji.wa] | برجيوا

Definisi : 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NICHOLSON, JACK

Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah

filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang

sombong dan biadab atau individu yang berjiwa

bebas dan menolak masyarakat konvensional.

Nicholson memenangi Academy Award pada tahun

1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui

lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest

dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai

pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya

dalam Terms of Endearment.

UMUM 

Kembali ke atas