PETER PAN | Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie berjudul The Little White Bird (1902). Barrie mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904). Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir James Matthew. | UMUM | |
MUNCHAUSEN, BARON | Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron Munchausen’s Narrative of His Marvellous Travels and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini menggunakan cakap besar dan berdegar-degar yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini ialah Rudolph Erich Raspe (1737–1794), profesor Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di London. | UMUM | |
PIRENNE, HENRI | Pirenne, Henri (1862–1935) ialah ahli sejarah Belgium . Dia terkenal kerana hasil karyanya berjudul History of Belgium , sebanyak tujuh jilid (1900–1932), yang dianggap sebagai karya standard dalam bidang tersebut. | UMUM | |
RABELAIS, FRANÇOIS | Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli humanisme Perancis yang menghasilkan dua hikayat komedi yang berjudul Gargantua and Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya, Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk mempersoal dan menguji institusi-institusi yang paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana humornya yang agak kasar, Rabelais menulis dengan serius tentang banyak perkara. | UMUM | |
SPRING, HOWARD | Spring, Howard (1889–1965) ialah penulis novel British yang terkenal dengan novel terlarisnya yang berjudul My Son, My Son (1938). Novel ini diterjemahkan ke dalam 11 bahasa dan telah difilemkan. Novelnya yang lain termasuk Shabby Tiger (1934), Fame Is the Spur (1940), These Lovers Fled Away (1955), Time and the Hour (1957), dan Winds of the Day (1964). | UMUM | |
AQIDAT AL-NAJIN | Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. | SASTERA | Kitab |
NOVALIS | Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night (1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei Christianity or Europe (1799), Novalis cuba menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von Ofterdingen. | UMUM | |
PLUTARCH | Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi dan penulis Greek yang terkenal dengan penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang negarawan atau jeneral Greek dan Rom. Perbandingannya sering kali dilakukan secara paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber penting dalam maklumat sejarah. | UMUM | |
ALARCÓN, PEDRO ANTONIO DE | Alarcón, Pedro Antonio de (1833–1891), pengarang Sepanyol. Dia dikenali kerana novel pendeknya yang berjudul The Three-Cornered Hat (1874), yang merupakan salah sebuah karya popular dalam kesusasteraan Sepanyol. | UMUM | |
SIENKIEWICZ HENRYK | Sienkiewicz Henryk (1846–1916) ialah penulis novel Poland yang terkenal. Dia menerima Hadiah Nobel bagi kesusasteraan pada tahun 1905. Novelnya yang paling terkenal berjudul Quo Vadis? (1895). Novel ini mengisahkan masyarakat Rom di bawah pemerintahan Nero. Novel ini didramakan dan dijadikan filem di beberapa buah negara. | UMUM | |