Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jun.tai] | برجونتاي

Definisi : bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya ~ ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jun.tai] | برجونتاي

Definisi : bersangkut pd sesuatu dgn bahagian bawahnya tidak berjejak ke tanah dsb: Ia duduk di atas meja dan kakinya ~ ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak keling duduk di upih,
     Duduk berjuntai di permatang;
Kalau nak tolak kenal berkasih,
     Nanti si undai akan datang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDUK RUSA

TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan.  Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak.  Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar.  Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan.  Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa.  Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah.  Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas